BAB 3
Kemasyarakatan &
Perpaduan
Pengenalan
:
-Masyarkat
majmuk merujuk kepada masyarakat yang berbilang bangsa dalam erti
kata yang sebenar adalah bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan
mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa , fahaman dan
cara hidup yang tersendiri.
KONSEP-KONSEP DALAM HUBUNGAN KAUM DAN ETNIK
-Semua negara bangsa pada hari ini terdiri
daripada pelbagai kaum atau etnik dan adat resam.
-Setiap etnik atau
kaum itu sudah pasti mempunyai ciri yang berbeza
TAKRIF ETNIK DAN KAUM
Etnik : Satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan
budaya yang hampir sama dari segi aspek adat resam,bahasa,pakaian atau kegiatan
ekonomi.Setiap etnik berbeza berdasarkan ciri budaya,kegiatan ekonomi,cara
pakaian ,pola keluarga,orientasi politik dan juga pandangan yang berbeza.
Kaum : Pelbagai kaum yang wujud di
Negara ini (Semenanjung Malaysia) seperti melayu,cina,india,sikh,thai dan orang
asli. Di Sabah terdiri daripada kaum
kadazan,bajau,murut dan dusun.Manakala Sarawak pula terdiri daripada
iban,melanau,bidayuh, orang ulu bisaya dan melayu.
KONSEP-KONSEP PENTING DALAM
HUBUNGAN ETNIK
Diskriminasi
-Perbuatan membeza-bezakan
seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskan ciri-ciri etnik.
Prejudis
-Pandangan negative terhadap
kelompok etnik lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang tepat dan tidak
diluahkan secara terbuka.
Bangsa
-Satu kumpulan atau ras yang
berkongsi sejarah,tradisi dan budaya,Bahasa serta kadang kala agama.
Rasisme
-Pandangan sesuatu kelompok social
terhadap kelompok social yang lain berdasarkan ciri-ciri fizikal.
Ras
-Kelompok social yang mempunyai
tanda kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal atau biological seperti warna
kulit,rambut dan mata.
Streotaip
-Kenyataan umum yang negative
terhadap kumpulan etnik tertentu dan juga satu gambaran berlebih-lebihan
mengenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.
Etnosentrisme
-Perasaan bangga dalam kalanagan
etnik tertentu bahawa budaya merekalah yang lebih baik dari budaya lain.
Etosentrik
-Perasaan kekitaan dalam kalangan
kelompok tertentu.Wujud budaya yang menyatukan mereka sama ada nilai,tingkah
laku dan cara hidup.
TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
SEGREGASI :
-Memperlihatkan tahap hubungan
antara kaum atau etnik di tanah melayu.
-Orang Melayu,Cina dan India
dipisahkan tempat tinggal dan diberi pekerjaan yang berbeza-beza.
-Sistem pendidikan ketiga-tiga kaum
juga berbeza.
-Orang Melayu tinggal di kampong
pedalaman dan pesisir pantai.Bekerja sebagai petani.Anak-anak orang Melayu
bersekolah di Sekolah Melayu.
-Orang Cina tinggal di pinggir
Bandar dan kawasan Bandar .Mereka bekerja sebagai peniaga serta
pelombong.Anak-anak orang Cina bersekolah di Sekolah Orang Cina .
-Orang India tinggal di lading dan
kawasan estet dan bekerja sebagai buruh dan penoreh getah.Anak-anak orang india
bersekolah di sekolah Tamil.
AKOMODASI :
-Proses di mana setiap etnik atau
kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi
mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup masing-masing.
-Dalam konteks Negara Malaysia
,masyarakat Melayu,Cina ,India ,Sikh dan lain lain tetap mengamalkan dan
mempertahankan budaya hidup masing-masing.
-Formula bagi konsep akomodasi
ialah A+B+C=A+B+C.
AKULTURASI :
-Suatu proses penerimaan unsur
kebudayaann dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain.
-Walaupun sesuatu kelompok budaya
itu menerima unsur-unsur budaya etnik lain,ia tetap tidak menyababkan
kehilangan identity asal kaum atau etnik yang menerimanya.
-Keadaan ini dapat dilihat dari segi
pakaian ,makanan dan sebagainya.
-Contoh yang berlaku di Malaysia
ialah pemberian duit raya oleh orang melayu semasa hari raya.
-Formula bagi akulturasi ialah
Abc+Bac+Cab.
AMALGASI :
-Satu proses yang terjadi apabila
budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu.
-Berlaku melalui perkahwinan campur
antara etnik dan kaum.
-Contohnya perkahwinan campur antara
Cina dan India ,Melayu dan Cina ,India dan Melayu ,Melayu dan Eropah.
-Formula bagi amalgasi ialah A+B+C=D
ASIMILASI :
-Proses percantuman
dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok
budaya dan identiti yang sama.
-Proses ini bermakna
kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik
minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang dominan.
-Proses asimilasi
akan berlaku apabila adanya :
a)Etnik yang mempunyai budaya yag berbeza
b)Etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi
c)Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama
-Contohnya:
Masyarakat Melayu di Thailand,masyarakat Cina kampung Kelantan dan masyarakat
Baba dan Nyonya di Melaka.
-Formula bagi
asimilasi ialah A+B+C= A dominan.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
-Berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan
sosiopolitik, orang Melayu dan orang
Asli merupakan penduduk asal bagi negara ini yang juga dikenali sebagai
masyarakat
peribumi atau Bumiputera.
-Petempatan orang
Melayu di negara ini telah diakui sejak
berpuluh puluh ribu tahun
Dahulu.
-Dunia Melayu mula
dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat asing.
-Hasilnya,
terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini
dari semasa ke semasa.
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
MELAYU :
-Ditafsir sebagai
penduduk asal TANAH MELAYU.
-Bagi negeri di
pantai timur Semenanjung penduduk Tanah Melayu lebih ramai
tertumpu kepada
kegiatan menangkap ikan dan bertani.
-Penguasaan ekonomi
orang Melayu terhadap sektor negeri
masing-masing merosot
setelah campur tangan
British.
-Kemasukkan buruh asing secara ramai-ramai telah
menggalakkan kemunculan Bandar
baru seperti Taiping, Ipoh, Port, Welt,Tapah dan Kampar.
-Kaum melayu kekal di
Bandar Bandar tradisi atau perkampungan masing masing.
-Masyarakat melayu
tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden alasan
British ialah agar adat resam dan tradisi dikekalkan dan tidak terganggu.
CINA:
-Sebelum kedatangan
British bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan hanya
beniaga sahaja .
-Pengambilan
masyarakat Cina diambil secara beramai-ramai selepas pengambilan
Pulau Pinang oleh
British dan tangan Sultan Kedah pada tahun 1786.
-Selain aktiviti
perlombongan, kemasukan orang Cina disalurkan melalui aktiviti
perladangan lada dan
gambir.
-Dibawa masuk ke
Johor melalui sistem Kangchu.
-Pengambilalihan
Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas
penubuhan
negeri-negeri selat pada tahun 1826.
-Kebanyakkan
masyarakat Cina ini berasal dari wilayah KWANHTUNG dan
TUKUIN.
-Ramai juga yang
datang dari daerah AMOIY,SEN-YU,HOK-CHIU,ENG CHON, dan lain-lain.
INDIA :
-Kedatangan buruh india ke tanah melayu hanya ketara
pada abad ke-19 dan ke-20.
-Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama
masihi apabila penganut Hindu
Buddha menyedarkan agama mereka di NUSANTARA.
-Hubungan lebih jelas kelihatan pada zaman kesultanan
melayu Melaka apabila
Perdagangan-perdagangan
india berniaga di pelabuhan Melaka.
-Penghijrahan masyarakat india ke tanah Melayu berlaku
secara besar-besaran mulai
tahun 1840-an.
-Kebanyakkan buruh india datang dari Selatan India.
-Mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang
–ladang tebu dan kopi di seberang
Perai.
-Tumpuan masyarakat India ini ialah dikawasan-kawasan
utama penanaman getah di
Perak,Selangor dan
Negeri Sembilan.
KOMPOSISI DAN TABURAN
PENDUDUK SELEPAS MERDEKA
-Dari segi taburan
penduduk mengikut negeri pada tahun 2000, Selangor merupakan negeri yang
mempunyai penduduk paling ramai diikuti oleh Johor dan Sabah.
-Negeri – negeri yang
mempunyai penduduk paling sedikit ialah Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.
-Dalam pada itu,
sebuah wilayah baru telah ditubuhkan iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya,
-Berdasarkan jumlah
keseluruhan telah berlaku ketidakseimbangan antara penduduk bandar dengan
penduduk luar Bandar.
-Penduduk luar bandar
mencatat jumlah penduduk yang lebih tinggi berbanding penduduk bandar.
-Namun dari segi
kepadatan, penduduk bandar mengalami kepadatan penduduk yang lebih tinggi
berbanding dengan luar bandar yang penduduknya berselerak.
- Setiap kaum
menunjukkan pertambahan yang menggalakkan. Kaum Melayu dan Bumiputera masih
lagi merupakan kaum majoriti di negara ini.
-
Selain itu, negeri Sarawak mempunyai taburan
penduduk yang tertentu lantaran kewujudan pelbagai suku kaun dengan identiti
yang tersendiri.
-Kawasan pergunungan
mempunyai penduduk yang tinggal secara tetap kecuali orang Penan yang masih
mengamalkan cara hidup secara berpindah randah atau lebih dikenali sebagai
nomad.
- Kebanyakkan
suku Melayu di Sarawak mendiami kawan hilir lembah – lembah sungai.
-Bagi negeri Sabah pula, kumpulan
utama ialah kaum Kadazan – Dusun, Murut dan Banjau.
- Suku kaum yang
terbesar di Sabah ialah suku kaum Kadazan – Dusun yang masih kekal sehingga ke
hari ini sebagai kumpulan yang terbesar di negara kita Malaysia.
ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM
Kaum Melayu
AGAMA DAN
KEPERCAYAAN:
-penduduk tanah melayu secara
amnya menganut agam islam.
-Islam adalah agama berkonsepkan kepada kepercayaan kepada tuhan yang
satu.
-Al quran dijadikan sebagai sumber hokum yang utama bersama dengan panduan
daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis.
-Asas utama dalam ajaran islam
adalah rukun ISLAM dan rukun IMAN.
KEBUDAYAAN
DAN ADAT RESAM :
-dua jenis adat yang menjadi amalan masyarakat melayu iaitu adat perpatih
dan adat.
-ADAT PEPATIH diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan.
-Adat ini menekankan konsep demokrasi
dan muafakat,raja bukan berkuasa mutlak ,waris harta diutamakan kepada anak perempuan.
ADAT TEMENGGUNG menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung kecuali
Negeri Sembilan.
-Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak,pembahagian harta mengikut
hukum syarak.
ANTARA KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM KAUM MELAYU IALAH:
-aidil fitri
-Aidiladha
-Nuzul Quran
-Maulud Nabi
-Awal muharam
-Wayang kulit
KAUM CINA
AGAMA DAN KEPERCAYAAN:
-Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu mengubah
struktur kemasyarakatan negara ini
sekali gus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk.
-Golongan ini juga
membawa bersama agama dan kepercayaan tanpa
yang dianuti mereka ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan
kepercayaan masing-masing.
-Antara agama atau
kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme.
-Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina.
-Pengaruh Taoisme
sangat meluas.
KEBUDAYAAN DAN ADAT
RESAM
-Masyarakat Cina mempunyai amalan kebudayaan dan adat
resam yang tersendiri.
-Antaranya ialah
Kalendar Orang Cina, Keinginan mendapat anak pertama lelaki,mementingkan
pelajaran (pelajaran dianggap dapat majukan negara),upacara pengebumian.
-Dari segi perayaan pula :
Tahun Baru Cina,Chap Goh Mei,Perayaan Ching Ming,Perayaan Hantu Lapar dan
Perayaan Kuih Bulan.
KAUM INDIA
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
:
-Masyarakat India yang tiba di tanah melayu turut
membawa bersama-sama dengan agama dan budaya yang diamalkan dari tanah air
asal.
-Penganut Hindu perlu
sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup
demi masyarakatnya dan berusaha
memuaskan hati nenek moyang.
-Sebagai balasan ,Tuhan menjauhkan mereka dari penyakit dan sembarang
bencana,memanjangkan usia dan bantu menewaskan musuh.
-Agama yang paling
dianuti masyarakat India ialah Hindu.
-Asas agama Hindu ialah tuhan yang satu (penjelmaan tuhannya
kepada beberapa bentuk dewa).
KEBUDAYAAN DAN ADAT
RESAM :
-Masyarakat india mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi
mereka yang tersendiri.
-Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang
tertentu.
-Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta
-Dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat iaitu
BRAHMIN,KSYATRIA,VAISYA & SUDRA.
-Perayaan utama
masyarakat India ialah Deepavali. Thaipusam,Thai Ponggal.
-Pakaian tradisi kaum
wanita ialah Sari(sejenis pakaian kain panjang enam ela yang dililitkan pada
badan dan dipakai dengan sehelai blaus.
MASYARAKAT SARAWAK
AGAMA DAN KEPERCAYAAN :
-Sarawak mempunyai lebih kurang 28 kumpulan etnik
peribumi.
-Kaum majoriti di
Sarawak meliputi orang IBAN(Dayak Laut),orang MELAYU,orang MELANAU.
-Orang IBAN :berpegang teguh kepada kepecayaan tradisional,kepercayaan terhadap
upacara miring,patuh kepada pantang larang (mali) yang diwarisi nenek moyang .
-Sekiranya melanggar
pantang larang bermakna mereka akan
menimpa malapetaka atau kematian.
-Kepercayaan lain adalah berdasarkan tafsiran mimpi
-Orang MELAYU : agama
ini membentuk ciri perkampungan seperti bersatu padu, bertatasusila
,bertanggungjawab terhadap seluruh komuniti.
-Di setiap kampung ada masjid yang menjadi
pusat segala kegiatan keagamaan
selain bersembahyang.
-Orang MELANAU :
mereka asalnya merupakan pagan(tidak mempunyai pegangan agama)
-Mempunyai
kepercayaan terhadap kuasa ghaib dan
kuasa luar biasa.
-percaya dunia ada
tiga lapisan(atas,pertengahan &bawah).
KEBUDAYAAN DAN ADAT
RESAM:
-Masyarakat IBAN
terdapat sejenis budaya lama yang popular dipanggil perburuan kepala(sebagai
lambang kepahlawan)
-masyarakat Iban tinggal di rumah panjang,rumah panjang terbahagi kepada
beberapa bilik dan setiap bilik dihuni sebuah keluarga.
-sebelah belakang
bilik ialah tempat makan dan dapur.
-ada upacara khas apabila ada kematian
-contoh jenis tarian
ngajat,berpencaha .
MASYARAKAT SABAH
AGAMA DAN
KEPERCAYAAN:
-Sabah dikatakan
mempunyai lebih daripada 32suku kaum.Masyarakat Kadazan –Dusun ialah masyarakat
terbesar di Sabah yang asalnya mempercayai animisme.
-Sebahagian kecil
daripada mereka telah memeluk Islam dan Kristian.
-Masyarakat
Kadazan-Dusun percaya tentang kewujudan syurga dan neraka,bagi orang pegan
mereka percaya bahawa siapa yang mati rohnya akan pergi ke Gunung Kinabalu.
-Mereka juga percaya
akan pantang larang dan tafsiran mimpi.
-Mereka juga
mempunyai upacara pemujaan seperti keaamatan(pesta menuai),iaitu meraikan
kesyukuran kerana mendapat hasil tuai yang banyak.
-Bagi masyarakat
bajau,hampir semua dalam kalangan mereka beragama islam
-mereka percaya konsep ‘tulah’(malapetaka yang ditimpa kerana melanggar pantang
larang.
KEBUDAYAAN DAN ADAT
RESAM:
-Dalam amalan tradisi masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah
,mereka juga mempunyai berbagai-bagai kebudayaan dan adat resam.
-Misalnya ada
kematian ,proses pengebumian melibatkan seluruh masyarakat.Unggun api
dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh-roh jahat.
-Wujud beberapa
konsep seperti mihad (menangisi mayat),memojuk(memandikan
mayat),menguman(menghias dan mendandan mayat),lobong(kubur),penakup9kenduri).
-Bagi kelahiran : bayi diberi nama dengan melibatkan perbincangan ahli keluarga
dan jiran
-Buat kraftangan seperti tudung terendak ,perangkap binatang
,perangkao tikus.
PERPADUAN NEGARA DAN
INTEGRASI NASIONAL
-Selepas kemerdekaan,
negara menghadapi pelbagai masalahterutama masalah perpaduan dan integrasi
antara kaum.
-Langkah mengatasinya
ialah penyeragaman sistempendidikan, integrasi ekonomi, penyatuan fahaman
politik danaspek-aspek sosial lain.
-Dasar ekonomi baru,
dasarkebudayaan kebangsaan dan rukun negara juga dikenalkan.
ASAS INTEGRASI DAN
PERPADUAN NASIONAL
·
Perpaduan ialah proses penyatuan
fizikal,sosial ,ekonomi dan politik.Integrasi pula melibatkan semua aspek
termasuk aspek biologikal.
·
Perpaduan juga boleh didefinisikan
sebagai ‘satu proses bagi mewujudkan satu identity nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,sosial dan lokasidalam sesebuahu
unit politik.
·
Kementerian perpaduan Negara dan
pembangunan masyarakat amat penting untuk merialisasikan konsep ini.Badan ini
telah ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
·
OBJEKTIF PENUBUHAN :
1)Menggalakkan
perpaduan masyarakat pelbagai kaum & integrasi nasional
2)memberi bantuan khidmat kebajikan masyarakat
3)membangun & mengintegrasikan masyarakat
orang asli
4)memajukan kepentingan & penglibatan wanita dalam pembangunan negara
5)menyelaraskan program kependudukan & pembangunan keluarga.
·
Jabatan yang penting untuk
merealisasikan pelaksanaan perpaduan ialah Jabatan Perpaduan Negara yang
ditubuhkan pada tahun 1969.Dan mempunyai piagam.
·
Kementerian Perpaduan Masyarakat
telah dibubarkan pada tahun 2004.Kini ,jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan & Integriti
Nasional.
CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA
·
Cabaran yang dihadapi oleh negara
untuk menyatupadukan bangsa ialah masalah perpaduan.
·
Negara ini secara jelas menjadi sebuah negara yang berbilang
kaum, dan sudah pasti setiap kaum mempunyai perbezaan bahasa,budaya , agama
,pendidikan dan ekonomi.
·
Malaysia mempunyai tiga bangsa utama
iaitu melayu,cina dan india.
·
Perasaan perbezaan menyebabkan
perpaduan terhalang.
·
Setiap kaum mengutamakan etnik
masing-masing.
·
Pada 13 mei 1969 telah berlaku
perbalahan antara kaum kerana tiada perpaduan.
MASALAH – MASALAH AWAL PERPADUAN
KAUM RAKYAT MALAYSIA
·
PEMISAHAN PETEMPATAN : Melayu
tinggal di kampung ,Cina tinggal di bandar dan India tinggal di estet.
· PERBEZAAN EKONOMI : Melayu bekerja
di kampung ,Cina sebagai perdagang dan perlombongan dan India bekerja di
estet-estet.Aktiviti yang berbeza menyebabkan setiap kaum sukar untuk bertemu
dan bergaul.
·
PENGASINGAN PENDIDIKAN : Pelajar
melayu sekolah vernakular atau aliran inggeris.
· Aliran inggeris hanya anak
bangsawan.India sekolah di estet bergurukan guru dari India .Cina menggunakan
sistem pendidikan mengikut negara CHINA.British berbuat demikian untuk
memisahkan pandangan dan tumpuan antara kaum kerana british tidak bercadang
untuk menyatukan tiga kaum.
· FAHAMAN POLITIK YANG BERBEZA :Orang
Cina kembali ke negara asal untuk membantu sanak saudara .Orang India
menganggap india sebagai tanah air.Orang Melayu sentiasa menuntut hak di tanah
air sendiri.Fahaman yang berbeza menyebabkan kesukaran perikatan untuk menang .
·
MASALAH EKONOMI :Orang melayu mundur
dalam ekonomi,orang Cina mempunyai Teknologi
moden.Cina dan India cemburu kelebihan melayu yang berpeluang dalam pentadbiran
awam.Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan setiap kaum mencemburui antara
satu sama lain.
·
PERBEZAAN AGAMA : Melayu menganut
agama Islam ,Cina agama budha dan India
beragama hindu.Di Sabah & Sarawak pulak menganut agama kristian.
·
PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA
:Setiap akhbar menggunakan bahasa masing-masing dan mengisahkan tentang negara
masing -masing.Perkembangan ini memperkuatkan
semangat kecintaan terhadap tanah air asal dan kaum masing-masing.
· PEMERINTAHAN JEPUN : Jepun yang
mengamalkan sikap anti-china .Hal ini menjadi berat sebelah kepada kaum
cina.Pergaduhan telah berlaku antara orang melayu &cina.
RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969
§
Antara kaum melayu dan cina selepas
pilihan raya 1969 yang memberi kemenangan kepada parti tindakan rakyat (DAP).
§
Pengistiharan darurat oleh perdana
menteri.
§
Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN).JPN untuk mengadakan keselarasan dengan
ideologi negara serta menuju ke arah perpaduan negara .MMN untuk mendrafkan
ideologi yang seterusnya dikenali Rukun Negara.
§
Untuk menyelesaikan rusuhan
ini,beberapa tindakan telah diambil untuk menyelesaikan.
§
Pembentukan MAGERAN pada 17 mei 1969
untuk mengambil alih tugas parlimen buat sementara.
§
Penubuhan Majlis Perundingan Negara
(MAPEN)pada 29jan1970.Untuk mengadakan garis
panduan kaum di malaysia untuk memupuk identiti rakyat malaysia.
PENDEKATAN MENANGANI CABARAN
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
-Sejajar dengan
langkah-langkah yang oleh kerajaan dalam
menangani konflik kaum tersebut,strategi jangka panjang dalam pemupukan
perpaduan kaum mula dirangka.
-Matlamat untuk membentuk sebuah negara bangsa
diteruskan dengan beberapa strategi dan memberi fokus kepada isu penyatuan
rakyat.
MEMBERIKAN GALAKAN
KEPADA PENDUDUK BERHIJRAH DARI SATU KAWASAN KE KAWASAN LAIN
Menempatkan penduduk
berbilang kaum di situ satu kawasan boleh
menggalakan
pergaulan dan pertembungan yang lebih kerap,beberapa kaedah pertembungan yang lebih
kerap ,beberapa kaedah dikenal pasti sebagai langkah :
-Penyatuan perkhidmatan awam
antara semua negeri di malaysia.
-Dalam bidang keselamatan anggota tentera di bawa masuk dalam pasukan-pasukan
keselamatan di wilayah yang berlainan.
-Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain.
PENYERAGAMAN SISTEM
PENDIDIKAN(MELALUI DASAR-DASAR PELAJARAN)
§
Semua
dasar pelajaran seperti Penyata Barnes,Penyata Fen Wu ,Undang-undang Pelajaran
1952,Penyata Razak,Pendidikan berperanan memupuk perpaduan dan sistem pendidikan
yang seragam.
§
Keseragaman
pendidikan lebih menjamin perpaduan rakyat.Peruntukan yang besar juga
disediakan untuk perkembangan pendidikan di Sabah dan Sarawak.
PERANAN MEDIA MASSA
§
Untuk
pembinaan bangsa.
§
Membentuk
pemikiran & pemandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai & simbol Negara.
§
Memastikan
tiada lagi penguasaan media massa asing.
§
Usaha
ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan.
§
Dasar-dasar
ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman
penjajahan.
INTEGRASI EKONOMI
§
Usaha
ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan (akan dibincangkan selepas ini)
seperti rancangan pembangunan lima tahun,dasar ekonomi baru ,dasar pembangunan
nasional dan lain-lain.
§
Dasar-dasar
ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud
sejak zaman penjajahan dan yang masih kental pada zaman selepas
kemerdekaandapat dimansuhkan.
PENYATUAN FAHAMAN POLITIK
§
Sistem
kerajaan campuran.
§
Sistem
ini juga tidak mengetepikan parti-parti politik yang berkuasa di Sabah &
Sarawak.
§
Setelah
barisan nasional muncul ,keanggotan parti komponen semakin bertambah.
PARTI-PARTI KOMPONEN
BARISAN NASIONAL
SEMENANJUNG:
-UMNO
-MCA
-MIC
-PPP
-GERAKAN
-AKAR
SARAWAK:
-PBDS
-SNAP
-PBB
-SUPP
SABAH:
-PBRS
-PDS
-SAPP
ASPEK-ASPEK SOSIAL LAIN
§
Langkah
memupuk perpaduan cuba dicapai dengan pengenalan & penerapan
dasar sosial.
§
Secara
keseluruhan, Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional kerana sikap kesederhanaan dan
bertolak ansur semua kaum.
RUKUN NEGARA SEBAGAI SATU
STRATEGI PEMANTAPAN PERPADUAN
Ø
Kerajaan
berpendapat negara memerlukan peranannya untuk memastikan nilai yang ingin diterapkan dalam memupuk perpaduan
dapat dilaksanakan.
Ø
Beberapa
dasar telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi tujuan membentuk dan memantapkan
perpaduan.
Ø
Dasar-dasar
ini meliputi semua aspek iaitu sosial,ekonomi dan politik.
Ø
Rukun
Negara merupakan satu dasar yang berperanan penting dalam memastikan dan memupuk semangat
perpaduan tersebut.
LATAR BELAKANG RUKUN
NEGARA
Ø
Rukun
Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran berlakunya peristiwa
rusuhan kaum pada 13 Mei1996.Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada
di bawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas
penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara(MPN). Kata sepakat untuk mencipta satu
ideologi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN ,iaitu pada 27
Januari 1970.
OBJEKTIF RUKUN NEGARA
·
Mencapai
perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.
·
Memelihara
cara hidup demokratik.
·
Membentuk
masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan
saksama.
·
Membentuk
masyarakat bersifat liberal ,terutama terhadap kebudayaan masing-masing.
·
Membina
masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.
PRINSIP-PRINSIP RUKUN
NEGARA
-Semua rakyat Malaysia perlu
menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara. Penghayatan
prinsip-prinsip yang baik akan membantu kepada pencapaian masyarakat yang
bersatu padu.
RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN :
-Agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibaian seseorang serta negara.
-Pegangan agama juga dapat membimbin tindakan seseorang untuk berbuat baik dan
menghindari perbuatan jahat serta mengenali dosa dan pahala.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA :
-Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berpelembagaan.Negara ini
mempunyai ketua negara iaitu Yang Di-Pertuan Agong,danketua negeri ialah Yang
Di Pertuan negeri masing-masing.
-Prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup
berkorban untuk negara demi keamanan dan kemajuan.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN :
-Negara kita mempunyai perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi
dalam negara.Prinsip ini menekankan supaya rakyat dapat menerima,mematuhi dan
mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
-Aspek-aspek utama dalam negara perlu dipatuhi dan sebagaimana yang dinyatakan
dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu :
i)Konsep Raja Berpelembagaan.
ii)Kedudukan kaum bumiputera dan bukan bumiputera dalam pembangunan
sosioekonomi terjamin.
iii)Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping perkembangan
bahasa-bahasa lain tidak dihalang.
iv)Agama Islam sebagai agama rasmi di samping kebebasan beragama diamalkan.
v)Hak asasi rakyat terjamin
vi) Hak kerakyatan dan sistem perintahan
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG :
-Undang-undang negara adalah penting untuk memastikan setiap individu dalam
negara itu terjamin kebebasan hak asasi mereka.
-Undang-undang dalam negara adalah berasaskan beberapa sumber yang telah dibincangkan
,undang-undang tersebut sentiasa terpelihara kedaulatan.Jika Kedaulatannya
dipertahan,masyarakat dapat hidup secara aman dan damai.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN :
-Hasrat prinsip ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersopan
santun
-Prinsip ini juga berkaitan dengan tutur kata dan dapat menjamin bahasa yang
lembut dan perbuatan yang halus.
-Hubungan baik ini boleh terjamin sekirnya rakyat sentiasa berakhlak mulia
menghormati orang lain dan tidak menimbulkan isu kaum.
-Pembentukan masyarakat berbilang kaumyang harmoni dapat diwujudkan sekiranya
rakyat mengamalkan prinsip yang kelima ini.
KESIMPULAN
·
Ekoran
dasar pecah perintah ysng dilaksanakan oleh penjajah dan tidak menyatukan penduduk telah tercetus rusuhan kaum pada 13 MEI 1969.
·
Hal
ini terjadi kerana tiada persefahaman ,tolak ansur ,dan kasih sayang antara
kaum.
·
Negara
merealisasikan integrasi nasional dan pembentukan negara bangsa daripada peristiwa
13 MEI 1969.
·
Lebih
banyak dasar diwujudkan untuk menangani masalah kaum,antaranya dasar RUKUN
NEGARA,Dasa kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru.
·
Kewujudan
masyarakat yang berbilang kaum merupakan anugerah tuhan yang mempunyai hikmah disebaliknya.
·
Kepelbagaian
yang wujud sekarang perlu dijaga dan dipelihara.
·
Setiap
kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang agar
Malaysia merupakan negara yang mantap dan maju.
DITULIS OLEH:
SYARIFAH NAJWA