Friday, 10 March 2017

Bab 1 SEJARAH DAN POLITIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Ini merupakan entri pertama untuk blog ini dengan tajuk yang bertemakan sejarah awal negara.

                                                SEJARAH AWAL NEGARA

       Sejak beribu-ribu tahun dahulu, penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi.ini membuktikan bahawa sejarah awal Negara ini telah pun bermula. Perkembangan masyarakat dari zaman paleolitik ke zaman Mesolitik , zaman logam hingga zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun. Seterusnya perkembangan kepercayaan pengaruh Buddha , Hindu ,dan Islam. kerajaan-kerajaan Melayu telah muncul sebelum lahirnya sebuah negara yang berdaulat. Kerajaan Melayu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan Melayu dan diliputi oleh aspek pemerintahan, perundangan, institusi sosial dan ekonomi.

  Kerajaan-kerajaan Melayu

        Kerajaan Melaka merupakan Kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan kerajaan agung lain sebelum Melaka seperti kerajaan Funan,Sriwijaya dan Majapahit. Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan Maritim yang mengendalikan perdagangan. Dari segi agama, kerajaan ini menyebarkan agama Hindu,Buddha,dan Bahasa Sanskrit. Pengasasan kesultanan Melaka diasaskan pada abad ke-15.Kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit. Putera raja Palembang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Temasik (Singapura) .Pada waktu itu, Singapura telah pun mempunyai Politik sendiri yang bernaung di bawah Kerajaan Ayudhya,Siam. Pemerintah kerajaan tersebut ialah Sang Aji Singapura. Parameswara bertakhta di Singapura setelah menewaskan penguasa pulau tersebut. Ayudhya membuat serangan balas ke atas Singapura. Parameswara dan pengikutnya mengundurkan diri ke Muar seterusnya Sening Ujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400. Setibanya di Melaka,Parameswara telah menamakan tersebut ‘Melaka’ sempena sebatang pohon yang bernama Malaka.

 Pemerintahan Kerajaan Melaka

Nama pemerintah dan Tahun Pemerintahan Sultan-sultan Melaka Mengikut Pandangan Sarjana Terdahulu.

        Parameswara/Iskandar Syah (TM 1400-1414)

        Sultan Megat/Mahkota Iskandar Syah (TM 1414-1424)

        Sultan Muhammad Syah (TM 1424-1444)

        Sultan Abu Syahid (TM 1444-1445)

        Sultan Muzaffar Syah (TM 1445-1456)

        Sultan Mansur Syah (TM 1456-1477)

        Sultan Alauddin Riayat Syah (TM !477-1488)

        Sultan Mahmud Syah (TM 1488-1510 & 1513-1528)

        Sultan Ahmad Syah (TM 1510-1513)

Sistem Pemerintahan

Kuasa raja berkait rapat dengan konsep dan fahaman masyarakat ketika itu.









Sultan  :
- Pentadbir termasuk pelabuhan.
- Pelaksana undang-undang.
- Menghakimi perbicaraan.
- Mengawal keselamatan.
- Merancang hubungan antarabangsa.
- Melaksanakan protokol & adat istana.
Sultan juga dibantu oleh 4 Pembesar Lipatan


 4 Pembesar Lipatan :


1) Bendahara

- Penasihat raja & pemangku semasa ketiadaan sultan.

-  Berketurunan raja @ pertalian rapat dengan raja.

- Bertindak sebagai ketua hakim jika sultan tiada.

- Pelantik raja

2) Bendahari

- Mengawal perbendaharaan.

- Memungut cukai.

- Menyimpan daftar hamba raja.

- Ketua bagi semua syahbandar.

3) Temenggung

- Pelaksana undang- undang.

- Digelar Ketua Polis Negara.

- Menjadi pendakwa bagi kesalahan.

- Ketua protokol istana.


4) Laksamana

- Pahlawan peperangan termasuk di laut.

- Digelar “ raja di laut ” & ketua setiap peperangan.

- Pemikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi.

- Menjadi utusan atau diplomat raja.


Pentadbiran adalah berasaskan wilayah :


 1)    Kota Melaka ditadbir oleh kerajaan utama.

 2)    Wilayah Pegangan adalah kawasan yang ditadbir oleh para pembesar    

        tertentu.Nafkah diperolehi daripada wilayah tersebut.

 3)    Wilayah taklukan adalah wiIayah  kecil yang ditadbir oleh penghulu yang digelar Mandulika

 4)    Jajahan takluk adalah pentadbiran sendiri tetapi dibawah pengawasan Melaka.     

      Jajahan yang ditakluk perlu membayar cukai.


Melaka Sebagai Sebuah Kerajaan Agung


            Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian Timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. Melaka pernah menjadi pusat Perdagangan dunia. Hal ini kerana, kedudukannya yang strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat. Selain itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka. Akhirnya, Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam. Melaka juga menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakkan daripada pihak istana.


Faktor-faktor Kegemilangan Melaka


Kemunculan Melaka sebagai sebuah Kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa faktor,iaitu :


- FAKTOR SEMULA JADI ATAU GEOGRAFI



Kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah laut perdagangan antarabangsa. Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’ iaitu pertembungan dua angina monsun utama yang membantu pelayaran. Kelebihan ini pula ditambah dengan kedudukan selat Melaka yang strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung daripada tiupan angin kencang. Di persisiran pantai Melaka terdapat deretan hutan bakau. Daun nipah digunakan untuk menganyam tikar dan atap. Kedudukan geografi semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh Pulau Sumatera menggalakkan pertumbuhan plankton, iaitu tumbuhan laut yang menjadi  makanan haiwan laut. Hal ini secara tidak langsung ,telah menggalakkan pertumbuhan hasil laut. Sebagai contoh, siput, kerang dan tiram mutiara mudah didapati di sini, sehinggakan kulit atau cangkerang kowri ( kowri atau cowrie ialah sejenis siput laut )pernah dijadikan mata wang yang meluas.


FAKTOR EKONOMI


Melaka dilimpahi barang dagangan dari Negara luar. kekayaan hasil serantau seperti rempah, hasil rotan ,dan damar menjadi barang dagangan yang penting sehinggakan Melaka berperanan sebagai pelabuhan entrepot yang maju.


FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN



Melaka mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan. Kewujudan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak membantu mengekalkan keamanan.       


Kejatuhan  Melaka


FAKTOR-FAKTOR DALAMAN


Kelemahan pemerintah Melaka



- Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda digambarkan sebagai seorang pemerintah yang sering mengabaikan doktrin keadilan dalam pemerintahannya. Ketika pemerintahan baginda, berlaku juga kelemahan dalam kalangan pembesar.


Kelemahan sistem pertahanan



- Ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah.



Kurangnya perpaduan rakyat Melaka



- Semangat perpaduan rakyat yang lemah. Rakyat hidup berpuak-puak. Berlaku juga pertelingkahan Kaum India Muslim dengan kaum Melayu.


Sikap pembesar


- Pembesar bersikap tidak adil seperti mengenakan cukai yang tinggi terhadap pedagang.



FAKTOR-FAKTOR LUARAN




Penemuan Tanjung Pengharapan


- Aktiviti penjelajahan oleh masyarakat Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Pengharapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa barat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di Timur. Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli dagangan rempah, menyekat penguasaan dagangan pedagang Islam dan menyebarkan agama Kristian.
Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511 telah berjaya menundukkan Melaka.


1.1.2  KERAJAAN JOHOR

Selepas kekalahan Melaka, Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya Sultan Mahmud Syah, serta pengikut mereka telah berundur  ke selatan. Mereka membuat persediaan untuk merampas semula  Melaka dari Portugis. Rancangan Sultan Ahmad Syah Berjaya dikesan oleh Portugis. Sultan Mahmud  berundur ke Pahang. Sultan Ahmad mangkat. Berikutnya, Sultan Mahmud melantik puteranya ,Raja Muzaffar sebagai pengganti baginda dan digelar ‘Raja Muda’. Namun, apabila isteri Sultan Mahmud yang lain (Raja Fatimah) selamat melahirkan seorang putera bernama Raja Ali, kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas. Atas permintaan Raja Fatimah, Sultan Mahmud menabalkan Raja Ali sebagai ‘Sultan Muda’. Walaupun Sultan Mahmud lama bersemayam di Bentan, namun tidak bermakna baginda berjaya mendirikan kerajaan yang tetap dan kukuh. Baginda kemudian berundur ke Kampar. Baginda mangkat di Kampar dan bergelar Marhum Kampar. Raja Ali ditabalkan sebagai pengganti sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Beliau disebut sebagai sultan Johor yang pertama.


 Pemerintah-pemerintah Johor dan Pusat Pentadbiran

Kerajaan Johor  lama telah dipimpin oleh Sembilan orang sultan.
Jadual 1.5 senarai pemerintah Kerajaan Johor lama.

Bilangan   Nama pemerintah  Tahun Pemerintahan

1 Sultan Alauddin Riayat Syah 1528-1564
2 Sultan Muzaffar Syah 1564-1570
3 Sultan Abdul Jalil Syah 1570-1571
4 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II (Raja Umar) 1571-1597
5 Sultan Alauddin Riayat Syah II (Raja Mansur) 1597-1615
6 Sultan Abdullah Muayat Syah (Raja Seberang) 1615-1623
7 Sultan  Abdul Jalil Syah III (Raja Bujang) 1623-1677
8 Sultan Ibrahim Syah(Raja Ibrahim) 1677-1685
9 Sultan Mahmud Syah 1685-1699



Pada tahun 1718,Kerajaan Johor diserang dan ditawan oleh Raja kecil dari  Siak. Beliau menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor  yang baharu bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Berjaya dikalahkan oleh Putera Sultan Abdul Jalil Iv iaitu Raja Sulaiman. Seterusnya, Raja Sulaiman digelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada tahun 1722.  



Perdagangan di Johor
Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang penting pada abad ke-17. Tahun 1641 merupakan tahun yang penting bagi sejarah Johor kerana kuasa Portugis di Melaka telah berjaya disingkirkan. Kemampuan tapak-tapak Johor muncul sebagai pelabuhan antarabangsa. Antara faktornya adalah:

Kedudukan strategik
Sungai Johor merupakan sungai yang paling selatan di Semenanjung Tanah Melayu. Sungai Johor juga merupakan tempat pertembungan angin monsun dan terlindung dari angin  kencang.

Sungai yang lebar
Ibu kota johor lama muncul sebagai pelabuhan entreport antarabangsa sehingga menyaingi pelabuhan Aceh dan Melaka.

Peranan orang laut
Orang laut berperanan mempengaruhi kepesatan perdagangan di Johor. Orang laut juga meronda di perairan Johor dan menguatkuasakan sistem kawalan Belanda.


 Pelabuhan Entreport

Johor menguruskan barang-barang dagangan dari pelusuk dunia. Antara barang yang didagangkan di China ialah emas, kayu gaharu, kelembak, sarang burung, gading, kapur barus, bijih timah, rotan, lilin, lada, garam, kuali besi cina, beras, lada hitam dan lain-lain. Perdagangan di Johor dijalankan di bawah satu sistem naungan. dalam sistem ini, seseorang pedagang samada dari luar atau dalam Johor sendiri mendapat naungan daripada seorang individu yang berkuasa dalam kerajaan. seorang pembesar yang menjadi sangat popular dalam sistem ini ialah Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil. Keseluruhannya, kerajaan Johor menjadi pusat perdagangan yang masyhur pada abad ke 17.kerajaan ini juga menjadi pusat penyebaran Islam  apabila peranan yang dipegang oleh Aceh sebelum ini telah merosot. Kesultanan Johor terus kekal hingga ke hari ini dan menjadi salah satu kerajaan Melayu yang dikagumi kerana pernah mencipta keagungannya tersendiri.

                                           


SEJARAH AWAL NEGARA

Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing, dari barat mahu pun dari timur . Kedatangan kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal dianggap sebagai pedagang yang sama-sama  berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu. bagaimanapun atas kesilapan, kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri Melayu berkenaan , kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah . Tambahan pula, kuasa-kuasa asing mempunyai sebab-sebab utama menjajah negara-negara Asia tenggara . Untuk memperoleh kawasan yang mempunyai sumber bahan-bahan mentah (ekonomi) dan untuk mengembangkan agama Kristian .
Dari segi sejarah negara telah dijajah lebih kurang 446 tahun, bermula dengan kejatuhan kerajaan Melayu melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 . Selepas itu , penjajahan diikuti oleh Belanda , Inggeris , Jepun . Negeri Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utara Tanah Melayu . Penjajah Inggeris meninggalkan pengaruh yang agak kuat ke atas negara ini . Khususnya berkaitan sistem pentadbiran , ekonomi dan pendidikan . Penjajah Inggeris dan Jepun meninggalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini . Oleh yang demikian  pengetahuan tentang penjajahan adalah penting untuk memahami situasi negara sekarang .

1.2.1 Pendudukan Portugis


Penjajah Portugis menduduki melaka selama 130 tahun , iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641. walaupun begitu lama menjajah  Melaka, namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya. Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau misalnya gagal . Pengaruhnya hanyalah di sekitar bandar Melaka . Matlamat asalnya untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berkesan . Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan masyarakat akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan , pengenalan tulisan rasmi kepada  masyarakat Melayu , kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis (seperti palsu , almari , jendela , garpu dan tuala) kesan yang penting ialah kejatuhan kesultanan Melayu melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan Melayu-Riau , namun pengaruhnya tidak berkesan .

1.2.2 Pendudukan Belanda

Orang Belanda mula berdagang di kepulauan Melayu pada abad ke-17. Pusat perdagangan utamanya ialah di Betawi (Jakarta) di pulau Jawa. Mereka menubuhkan syarikat Bersatu Hindia Timur (V.O.C) , pada tahun 20 Mac1602 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan Melayu di samping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu . Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang di Betawi . Dalam tahun 1641 Portugis di Melaka dapat dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor .Bagaimanapun Portugis, Belanda tidak banyak meninggalkan kesan sejarah kepada penduduk di negara ini. Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negeri-negeri Melayu adalah menjadi idaman kuasa-kuasa barat , untuk tujuan mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di kepulauan Melayu

1.2.3 Pendudukan Inggeris

Dari segi sejarah, pada tahun 1600 pedagang-pedagang telah menubuhkan syarikat Hindia timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China . Lama kelamaan syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan kepulauan Melayu setelah perdagangan dengan China tidak begitu menguntungkan , selain dari tujuan untuk mencari pangkalan yang bebas dari serangan lanun. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah . Pada 6 Februari , 1819 Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah membuat perjanjian dengan temenggung Abdul Rahman . Bermula dari sini dari semasa ke semasa penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu.


Perjanjian Inggeris-Belanda


Kesan daripada Singapura telah menimbulkan kemarahan di pihak Belanda lebih-lebih lagi apabila Singapura menjadi sebuah pelabuhan yang maju . Namun masalah dengan Belanda dapat diselesaikan apabila termeterai perjanjian antara pihak British dengan Belanda pada 17 Mac 1824 .
Perjanjian Inggeris-Belanda telah meninggalkan kesan penting hingga hari ini . Antaranya ialah :
1. Pembahagian kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan pengaruh Belanda . Perjanjian ini mempengaruhi corak tanah jajahan Inggeris dan Belanda di kepulauan Melayu dalam abad ke 19 dan awal abad ke 20.
2. Perpecahan empayar Johor-Riau . Empayar Johor berakhir apabila Singapura  dan tanah besar Johor jatuh ke tangan British, sementara kepulauan Riau jatuh ke bawah pengaruh Belanda.
3. Persaingan kuasa antara Belanda dan Inggeris semakin sengit , apabila Singapura bertambah maju menjadi sebuah pelabuhan bebas dan pelabuhan entrepot yang penting di gugusan kepulauan Melayu .
Adalah jelas bahawa akibat perjanjian Inggeris-Belanda kepulauan Melayu telah dipecahkan mengikut kehendak penjajah dan kesannya pada hari ini ialah negara Malaysia dan negara Indonesia berbeza dari segi politik dan kesan pengaruh penjajah.

1.2.4 Pendudukan Jepun
Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942 . Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah . Apa yang menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar  ialah bagaimana tentera Jepun dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu dan Singapura . Secara ringkas kemenangan berlaku disebabkan :

      1) Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan .
- Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari utara dan
   mereka tidak bersedia .
      2) Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun .
   - Sebelum menyerang Tanah Melayu , Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan     Inggeris , bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka , Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .

Kesan pendudukan Jepun

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu memberikan banyak kesan negatif , umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan sosial , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang .Antara kesan secara khusus :

Kesan sosial

1.ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun. kebanyakan orang Melayu dan India menjadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri Thai dan Burma.
2.orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan  tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu. Mereka juga bertembung dengan orang-orang Melayu yang  tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan  pertembungan budaya yang berlainan latar belakang.

Kesan Ekonomi
Pada masa pemerintahan Jepun, kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali, hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah. Perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan. Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan. Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot . Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi. pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi . Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.

Kesan politik
Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat. Sekatan dan kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan  rakyat hidup dalam kesengsaraan. Kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun ialah:
1. Wujudnya kesedaran politik yang mendalam di kalangan penduduk Tanah Melayu . Propaganda “Asia untuk orang Asia” menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.
2. Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang Melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun. Orang-orang Melayu berasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris . Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang . Sikap antipenjajah di kalangan orang Melayu semakin berkembang.
Selepas pendudukan Jepun
Kekalahan tentera Jepun menandakan berakhirnya perang dunia kedua sebelum Inggeris kembali ke Tanah Melayu . Negara ini telah dikuasai oleh parti komunis Malaya (lebih dikenali sebagai bintang tiga) selama lebih kurang 14 hari . Ini mengakibatkan berlakunya keadaan kelam kabut. kekacauan, persengketaan dan pertempuran antara kaum(contohnya peristiwa yang berlaku di Batu Pahat) orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945.

Sekembalinya ke Tanah Melayu, pihak Inggeris telah menubuhkan pentadbiran  tentera British (BMA) dan seterusnya kesatuan Malaya (Malayan Union).kegiatan PKM sangat aktif sehingga pihak Inggeris mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu, iaitu di Perak dan Johor pada 16 Jun 1948 dan di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948 . Beberapa langkah telah dijalankan untuk menyekat kegiatan komunis termasuk rancangan Briggs dan rancangan templer . Perundingan juga telah diadakan dengan tokoh-tokoh PKM iaitu yang dinamakan sebagai rundingan Baling , pada 28 dan 29 Disember 1955 . Namun rundingan tersebut gagal . Menjelang tahun 1960,PKM kehilangan pengaruhnya dan pada 31 Julai 1960 undang-undang darurat ditamatkan .


Ditulis oleh

MOHAMAD FIRDAUS BIN ROSNAN

No comments:

Post a Comment