Saturday, 18 March 2017

BAB2

PERLEMBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA


PERLEMBAGAAN
 Dokuman yang mengandungi undang- undang tertinggi sesebuah negara.

PENGENALAN:

  • Berfungsi sebagai Undang-undang Dasar yang akan menentukan kuasa dan pemerintahan kerajaan Malaysia.
  • Satu Dokumen yang mengandungi prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan negara Malaysia.
  • Satu Dokumen yang menggariskan undang-undang tertinggi negara Malaysia, yang berkuasa meletakkan garis panduan dalam pembentukan undang-undang kerajaan Malaysia.

SEJARAH PEMBENTUKAN :

Bermula sejak abad ke-19 oleh penjajah british
  • Malayan union (1946)
  • perjanjian persekutuan (1948)
  • Penubuhan suruhanjaya reid
  • Draf perlembagaan persekutuan tanah melayu
  • perlembagaan PTM  (1957) dikuatkuasakan 
Draf perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk dan dikuatkuasakan  pada 31 Ogos 1957 dan menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka.


TUJUAN PERLEMBAGAAN:

  • mewujudkan ssatu bentuk pemerintahan yang adil
  • mengelakan penyalahgunaan kuasa
  • mengawal pegerakan kerajaan dan rakyat
  • alat untuk menyelesakan masalah 
  • menjawin riwayat negara bagsa
BENTUK- BENTUK PERLEMBAGAAN 

1. PERLEMBAGAAN BERTULIS
   Perlembagaan yang terkumpul & disusun dalam satu dokumen.

     3 sifat utama;
  • Kukuh & sukar untuk dibuat pindaan kecuali ada peruntukan dalam perlembagaan yang membolehkannya.
  • Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan sekaligus melindungi perlembagaan
  • Parlimen ada kuasa membuat undang-undang tetapi dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebesan asasi

2 .PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS
 merangkumi semua prinsip Perlembagaan yang tidak terkumpul dalama satu surat

  contohnya
  • Akta Parlimen 
  • keputusan-keputusan Mahkaamah
  • pendapat  / fikiran dari pakar perundangan terkenal

SUMBER UNDANG-UNDANG BERTULIS
  • Perlembagaan Persekutuan
  • Perundangan Kecil
  • Akta
  • Enakmen
  • Ordinan
SUMBER UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULIS
  • Undang2  Adat
  • Undang2 Islam
  • Undang Penjajah (Common Law)

CIRI- CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
  • raja perlembagaan
  • ketinggian perlembagaan
  • agama islam
  • pengasingan kuasa
  • kebebasan undang-undang
  • demokrasi berpalimen
MALAYSIA SEBUAH PERSEKUTUAN 
 Perlembagaan Malaysia terbentuk hasil dari perkongsian anatara negeri-negeri yang menanggotai      Persekutuan Malaysia

RAJA BERPERLEMBAGAAN
  • YDPA sebagai KETUA NEGARA 
  • Menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan perlembagaan dan undang-undang & menjadi tonggak perpaduan rakyat dan lambang kedaulatan undang-undang.
  • Di peringkat Persekutuan, YDPA bertindak menurut nasihat PM & anggota kabinet, diperingkat negeri bertindak atasa nasihat MB &Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
  • perkara71 (1) kerajaan persekutuan menjamin hak raja-raja
KERTERTINGIAN PERLEMBAGAAN
  • Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara & menjadi punca kepada semua undang yang sedia ada atau yang bakal digubal.
  • Kuasa tertinggi perlembagaan ini dikenali sebagai konsep “ketertinggian Perlembagaan''

DEMOKARASI BERPALIMAN

- Menjamin amalan demokrasi dalam pemilihan kerejaan yang memerintah.
- Pilihanraya lambang kewujudan demokrasi
- Perlembagaan menentukan perkara-perkara yang membolehkan Parlimen atau DUN untuk merangka     seterusnya melulusakn undang-undang.

AGAMA ISLAM
  - Sebagai agama rasmi, dan diperuntukan beberpa kelebihan oleh perlembagaan. (dana, penubuhan         institusi Islam & undang-undang)
- Agama lain bebas diamalkan, tetapi mempunyai BATASAN


PENGASINGAN KUASA
-Perlembagaan memperuntukan mengenai DOKTRIN PENGASINGAN KUASA dalam pentadbiran       kerajaan
  • Badan Legislatif
  • Badan Esekutif
  • Badan Judisiari
- Mempunyai tanggungjawab masing-masing seperti yang diperuntukan.

PINDAAN PERLEMBAGAAN 

  • Semenjak 1957, perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 52 kali sehingga ke akhir tahun 2005.
  • Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan Persekutuan.
  • Dipinda bagi tujuan menambah, menukar @ memansuh sesuatu peruntukan.
  • Pindaan dilakukan melalui proses perundangan di parlimen tanpa melibatkan pungutan suara rakyat terlebih dahulu. 

PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 

  • Memerlukan kelebihan suara 2/3 dalam tiap-tiap satu sidang parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja.
    -Kewarganegaraan
  • Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra di Sabah dan SarawakMemerlukan kelebihan suara 2/3 dalam tiap-tiap satu sidang parlimen dan persetujuan Yang Dipertua negeri Sabah & Sarawak.
    -Keangotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah & Sarawak
    -Akta Imigresen
  • Memerlukan kelebihan suara 2/3 dalam tiap-tiap satu sidang parlimen.
  • Memerlukan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu sidang parlimen.
PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI
  • Bagi pindaan Perlembagaan Negeri, Peruntukan Perlembagaan negeri hanya boleh dipinda oleh undang-undang negeri sahaja  dan tidak boleh dipinda dengan cara lain.
  • Kecuali beberapa perkara yang tidak boleh dipinda khususnya warisan takhta Kerajaan.
  • Walau bagaimanapun sesetengah perlembagaan negeri memerlukan persetujuan daripada kumpulan orang-orang tertentu terhadap pindaan
PERUNTUKAN UTAMA

  • Di sebut sebagai Traditional Elements.
  • Dari perspektif sejarah, semua yang terkandung dalam   peruntukan utama ini adalah warisan yang perlu dipelihara bagi menghormati hak-hak bumiputera sebagai pewaris Persekutuan Tanah Melayu.
  • Ada 5 perkara yang disifatkan sebagai hak-hak bumiputera yang diwarisi dan perlu dipertahankan melalui peruntukan perlembagaan.
PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  • agama
  • hak istimewa orang melayu
  • hak asasi
  • kewarganegaraan 
  • bahasa
    •        
BAHASA
 -Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk      maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam). Perkara ini juga     melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang boleh dilarang daripada menggunakan   bahasa lain selain daripada bahasa Melayu.

AGAMA-Perkara 3 (1), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semua orang untuk mengamalkan agamanya sendiri dengan cara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
perkara 160 (2) Perlembagaan persekutuan orang melayu dikitirafkan:

-seorang yang beragama islam
-lazim bertutur bahasa melayu
-mengamalkan adat istiadat melayu

perkara yang termasuk dalam hak keistimewaan orang melayu sebagai kaum bumiputera:
-perkhidmatan awam
-lapangan ekonomi
-pendidikan (biasiswa / bantuan pendidikan)

PERLINDUNGAN KHAS SABAH DAN SARAWAK
  • Bumiputra di Sabah & Sarawak (termasuk bukan Melayu) tergolong untuk menerima keistimewaan seperti orang Melayu di Tanah Melayu
  • Dalam Perlembagaan (Perkara 153) telah menerangkan tentang layanan istimewa bagi orang Melayu & kaum Bumiputra di Sabah & Sarawak dalam memegang jawatan perkhidmatan awam dan pemberian biasiswa
  • Agama Islam agama rasmi persekutuan, namun di Sabah & Sarawak terdapat PENGECUALIAN.
KEWARGANEGARAAN

  • Berhak menjadi pemilih dlm pilihanraya.
  • Berhak mengambil bahagian dalam politik.
  • Berhak mengisi jawatan eksklusif yang dikhaskan
  • Bebas memiliki hartanah
  • Bebas memiliki faedah dan kemudahan dalam negeri.
untuk mendapatan taraf kewarganegaraan ialah:
  • Kuat kuasa Undang-undang.
  • Pendaftaran/Permohonan
  • Masukan/ Naturalisasi
  • Percantuman Wilayah
taraf kewarganegaraan akan hilang jika;

-individu itu sendiri menolak kewarganegaraanya
-menyalahi undang-undang

KEBEBASAN ASASI
  • Kebebasan diri
  • Keabdian dan kerja paksa
  • Kesamarataan di sisi undang-undang
  • Larangan buang negeri & kebebasan bergerak
  • Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.
  • Kebebasan beragama
  • Kesamarataan dalam pelajaran
  • Hak terhadap harta
  • Perlindungan daripada undang2 jenayah dan perbicaraan berulang


DITULIS OLEH:
NUR AFRINA BINTI ZULKIFLI.

No comments:

Post a Comment