PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA
pembangunan insan
Pembangunan modal insan merupakan antara istilah yang popular dalam perbincangan dan perancangan pembangunan pada masa kini. Ia mula diterima secara signifikan dan diperakui sebagai antara tunjang kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan sesebuah negara. Justeru, makalah ini akan membincangkan secara umum berkenaan konsep pembangunan modal insan dan kepentingannya dalam pembangunan negara pada masa kini dan akan datang. Perbincangan ini merangkumi konsep modal insan secara umumnya, kepentingan pembangunan modal insan yang seimbang berteraskan pembangunan Islam dan huraian tentang keperluan model pembangunan tersebut dalam aspek pembangunan negara hari ini.
Definisi modal insan
▪Modal insan merupakan pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangkumi nilai,etika dan minda yang progresif serta kesedaran budaya yang tinggi.
▪Perdana menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,melihat pembangunan modal insan sebagai
a) Meningkatkan keupayaan pengetahuan ,kretiviti dan inovasi Negara.
b) Memupuk “minda kelas pertama” yang menekankan akan diberikan ke arah memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan mental.
Kepentigan modal insan
▪Kepentingan Modal Insan“Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yangsecukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia,mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan merekamempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani.Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat,bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yangmengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi.
▪Modal Insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalammencapai misi nasional. Oleh itu, pembangunan modal insane akan menjadi terasutama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia
Pembangunan Modal insan akan dilaksanakan secara holistic merangkumi pemerolehanpengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaankeusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai danetika positif dan progresif melalu pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Teras dasar pembangunan Negara
∙Teras pembangunan modal insan bagi tujuan pembaikan dalam system penyampaian pendidikan dan latihan supaya menampakkan hasil yang berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa.
Tindakan-tindakan pembangunan modal insan
Tindakan –tindakan pembangunan insan dilaksanakan mengikut bidang-bidang tertentu iaitu:
∙ Bidang perkhidmatan:-menubuhkan institut Integriti Nasional bertujuan membina upaya modal insan untuk membanteras rasuah.
∙Bidang pendidikan:-Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menetapkan matlamat untuk meningkatkan kualiti pelajar.
∙Bidang ekonomi:-Melaksanakan Program Transformasi Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC)
∙Bidang sains dan teknologi:-Membangunkan Knowledge Workers Development Institute bagi memastikan bekalan tenaga berkemahiran tinggi menepati permintaan industry ICT.
∙Bidang social:-Program Latihan Khidmat Negara bertujuan membangunkan warga nuda berdisplin,berdaya tahan,berdaya kepemimpinan dan bersifat prihatin.
∙Bidang politik:-Melahirkan barisan pemimpin yang berketerampilan,dikagumi,dihormati dan dipercayai
∙Bidang kerohanian:-Memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang atau apa yang disebut sebagai’ummatan wasatan’.
Memperkasa pembangunan modal insan
Modal insan yang berkualiti merupakan faktor penting dalam memastikan negara maju pada masa depan.untuk memperkasakan modal ini,kerajaan dapat merencanakan aspek pendidikan diberi penekanan yang lebih iaitu:
▪Memperkasa Sekolah Rendah dan Menengah bagi memastikan bangunan pendidikan mencapai objektifnya.
▪Pendidikan Untuk Semua menjadi tanggungjawab kerajaan sesebuah negara untuk menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyatnya.
▪Memartabatkan Profesion Perguruan bahawa guru merupakan insan terbilang kerana peranannya yang besar dalam mendidik anak bangsa hingga ke menara gading.
▪Memantapkan Pengajian Tinggi Institut pengajian tinggi di Malaysia bukan sahaja menyediakan pendidikan tinggi kepada anak-anak tempatan malahan juga kepada pelajar-pelajar dari negara luar.
Komponen-komponen Utama Pembangunan Modal Insan
Semua pihak perlulah bergading bahu membantu pihak kerajaan merealisasikan cita-cita untuk melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama.Antara komponen utama pembangunan modal insan di Malaysia ialah:
▪Ibubapa,ibubapa memainkan peranan yang penting selain guru di sekolah untuk mendidik anak-anak.
▪Badan kerajaan atau bukan kerajaan ,pembangunan modal insan memerlukan sokongan daripada banyak pihak dan tidak terhad kepada ibubapa dan sekolah sahaja.
▪Institute pendidikan ,pelaksanakannya diinstitusi-institusi pendidikan peringkat sekolah dan peringkat universiti.
Membentuk Modal Insan Cemerlang
▪Modal insan yang cemerlang bermaksud cemerlang dari semua aspek mental dan fizikal.Hal ini pembentukan modal insan perlu mempunyai sahsiah yang terpuji.Jika cemerlang modal insannya,maka cemerlanglah negara itu di mata dunia dan sebaliknya.Pembangun modal insan cemerlang dapat diusahakan dengan ada nilai tambah,kuat pengangan agama,kasih sayang,semangat patriotisme yang kuat dan memahami kehidupan masyarakat majmuk.setiap modal insan cemerlang perlulah ada wawasan ,keterampilan diri dan mempunyai adab dan akhlak yang terpuji.
ULASAN:
Pembangunan modal insan menurut perspektif Islam adalah pembangunan yang melihat insan sebagai watak terpenting dalam sesebuah bangunan.Pembangunan insan ini pula dibangunkan dalam diri dan di luar diri manusia Ia bergerak seiring dengan pembangunan dan tidak boleh diasingkan dalam rangka kerja yang lain.Ini kerana pembangunan Islam ialah pembangunan yang bersepadu dan menyeluruh meliputi rohani dan jasmani serta dunia dan akhirat.tiada istilah insan selaku modal yang memberi keuntungan material kerana material hanya satu bahagian dari matlamat yang ingin dicapai.Pembangunan modal insan yang dilaksanakan adalah untuk penyempurnaan kesejahteraan manusia dalam semua aspek.
No comments:
Post a Comment