BAB 4
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
DEFINISI DASAR
Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.
DEFINISI DASAR-DASAR KERAJAAN AWAM
Satu pengisytiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa untuk mencapai kejayaan.
DASAR KERAJAAN
-Merujuk kepada prinsip, haluan, sikap, pandangan serta pegangan secara kolektif dan laksanakan oleh pihak pemerintah.
- Dasar kerajaan bersifat menyeluruh dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan masyarakat khususnya bidang ekonomi, sosial, politik, agama, pendidikan dan sebagainya.
- Dasar ini akan berubah mengikut pandangan kerajaan, keperluan semasa dan perkembangan antrabangsa.
RASIONAL KERAJAAN MENGENALKAN DASAR-DASAR AWAM
-Memenuhi objektif sosioekonomi negara seperti pembangunan ekonomi, pengagihan pendapatan, perkhidmatan awam, kestabilan atau keselamatan negara dan juga kebajikan masyarakat.
-Menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatu padu berasaskan sistem demokrasi di dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil.
PRINSIP KETETAPAN
-National interest
-Kebajikan awam
-Kepentingan awam
PUNCA DASAR KERAJAAN DIBUAT
- Meningkatkan kecekapan
- Meningkatkan produktiviti
- Mengurangkan kos pengurusan
- Mengatasi masalah
- Meletakkan asas pentadbiran negara
- Panduan bagi mencapai obkjektif
- Menyedarkan orang ramai perlunya mempraktikkan pengamalan yang baik
PEMBAHAGIAN DASAR DI MALAYSIA
- Dasar berkaitan ekonomi negara - DEB, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Kependudukan 70 juta
- Dasar sosial dan etika kerja - Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Kepimpinan melalui Teladan, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran, Dasar Sosial Negara.
- Dasar luar negara - Masalah dan isu yang dihadapi di arena antarabangsa yang punya kesan keatas pembangunan dan keselamatan ZOPFAN dan Dasar Antartika
DASAR KEBUDAYAAN
- keseluruhan cara hidup manusia
-Memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifatkan ke Malaysiaan.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
-Digubal dalam 1971 kerana sejak merdeka tiada kemajuan kearah mewujudkan kebudayaan kebangsaan
-Disebabkan kesedaran yang rendah, dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yang menekankan kebudayaan kaum sahaja dan penekanan yang lebih kepada kemajuan ekonomi.
PRINSIP-PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN
-Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
-Islam menjadi unsur yang paling penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan
DASAR BELIA NEGARA
-Dasar Belia Negara dilaksanakan pada Jun 1991 disebabkan jumlah penduduk belia adalah separuh daripada penduduk Malaysia
-Dasar itu juga dikenali sebagai Pelan Induk Belia Negara
-Tujuan utama DBN - menjadikan belia sebagai teras nasional negara dan benteng pertahanan ekonomi dan sosiopolitik negara.
-Strategi untuk memenuhi DBN - meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan mewujudkan golongan peniaga dan usahawan muda.
PELAN INTEGRITI NASIONAL (23 APRIL 2004) OBJEKTIF UTAMA
- Memberikan halatuju dan bimbingan pelbagai sektor dalam usaha membina masyarakat bersatupadu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika
- Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya budaya diamalkan dalam semua bidang
- Menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung dan menegakkan konsep integriti
- Menyumbang usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara dalam peningkatan kesejahteraan hidup
- Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam menghadapi cabaran global dalam abad ke-21
LIMA SASARAN
- Kurangkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
- Tingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan kurangkan birokrasi
- Tingkatkan urus tadbir korporat dan etika perniagaan
- Mantapkan institusi kekeluargaan
- Tingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat
DASAR EKONOMI BARU
-Dilancarkan pada tahun 1971-1990 melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP)(“Penjuruteraan Sosial”)
-Reaksi kepada peristiwa 13 mei 1969 (jurang ekonomi antara kaum, politik perkauman dan prasangka)
-Membawa pelbagai perubahan dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan.
-Mencapai perpaduan nasional melalui falsafah ‘Pembangunan dengan Pengagihan Saksama’.
DEB berakhir pada 1990.
ASPEK KEMISKINAN
Antara faktor utama yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia
- Bencana alam yang menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman.
- Kejatuhan harga barangan eksport disebabkan kemelesetan ekonomi.
- Saiz isi rumah yang terlalu besar.
- Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran.
ASPEK STRATEGI
- Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum.
- Penyusunan semula corak guna tenaga.
- Penyusunan semula hakmilik dalam sektor syarikat.
- Pencapaian-pencapaian lain: sektor industri, pembangunan luar bandar dan bandar.
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
- DEB versi baru adalah dasar pembangunan dekad 90 an yang merupakan 1/3 daripada wawasan 2020 (1991-2020)
- Mengekalkan matlamat DEB
- Penekanan kepada menurunkan kemiskinan relatif (perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin)
- Tumpuan kepada pembangunan sumber manusia dalam mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan yang saksama.
CABARAN WAWASAN 2020
- Mewujudkan Negara Bersatu Padu.
- Mewujudkan Masyarakat Yang Bebas, Teguh, Dan Keyakinan Diri.
- Mewujudkan &dan Membangunkan Masyarakat Demokratik Yang Matang.
- Membina Sebuah Masyarakat Yang Kukuh Dan Beretika.
- Membangunkan Masyarakat Yang Matang.
- Membentuk Masyarakat Bersifat Saintifik.
- Mewujudkan Masyarakat Berbudi dan& Berbudaya Menyayangi.
STRATEGI KERAJAAN MENGHADAPI WAWASAN 2020
- Memastikan pelaksanaan segala yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) berkesan.
- Menjamin kewujudan ekonomi yang bersifat dinamik yang berasaskan teknologi yang cekap, hubungan perindustrian yang kukuh, kuasa pemikiran, kemahiran dan ketekunan yang tinggi.
- Memastikan pengurusan fiskal dan kewangan melalui kerjasama dengan sektor swasta berjalan lancar.
- Menggalakkan pembangunan teknologi tempatan dengan membangunkan Industri kecil&sederhana sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan bagi sama-sama berusaha memastikan keluaran tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
- Meneruskan usaha menarik pelabur-pelabur asing.
MODEL BARU EKONOMI (MBE)
Diperkenalkan oleh Dato' Seri Najib Bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysiayang keenam dalam Persidangan Invest Malaysia 2010, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2010.
NEGARA AKAN FOKUS TERHADAP:
- Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana.
- Meningkatkan daya saing Malaysia.
- Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta.
- Meletakkan negara kearah mencapai tahap berpendapatan tinggi.
- Membina ekonomi yang inovatif.
- Transformasi nekad dan perubahan ekonomi untuk memodenkan ekonomi demi masa hadapan.
EMPAT TONGGAK TRANFORMASI NEGARA
WAWASAN 2020 -Pemeliharaan dan peningkatan perpaduan dalam kepelbagaian.
-Penyampaian berkesan perkhidmatan kerajaan
-Kelancaran pelaksanaan program pembangunan kerajaan.
EMPAT TUJUAN MBE
1. Melonjak ke arah status berpendapatan tinggi
Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) menjangka pembaharuan yang menambah giat pelaburan, mendorong produktiviti buruh & merangsang kecekapan lalu menaikkan kadar pertumbuhan benar kepada purata 6.5% setahun dalam tempoh 2011-2020
2 .- Menyasarkn bantuan kepada isi rumah dalam kumpulan 40% terendah yang 77.2 peratus ialah Bumiputera & termasuk di Sabah & Sarawak
-Program Transformasi Ekonomi (PTE) akan mewujudkan mekanisme untuk mengukuhkan keupayaan isi rumah.
3) Penyelesaian yang mampu bertahan lama daripada segi ekonomi dan alam sekitar.
4) Penerima manfaat mutlak: rakyat dan perniagaan
LANGKAH UNTUK KELUAR DARIPADA BERPENDAPATAN RENDAH
- Kurangkn ketaksamaan pendapatan.
- Wujud tindakan afirmatif mesra pasaran.
- Rapatkan jurang perbezaan wilayah.
- Menggalakkan pemberian ganjaran berdasarkan pencapaian.
- Merangsang akses yang sama & adil terhadap peluang.
EMPAT PENDEKATAN MBE
-Kepemimpinan mantap dan keazaman politik.
-Dapatkan sokongan rakyat untuk gerak perubahan.
-’Tolakan besar’ langkah dan inisiatif dasar serentak.
-Ukur pencapaian dan lakukan penyesuaian ketika pelaksanaan.
No comments:
Post a Comment