Thursday, 16 March 2017

BAB 3
Kemasyarakatan
& Perpaduan
Pengenalan :
-Masyarkat   majmuk   merujuk kepada  masyarakat yang berbilang bangsa dalam erti kata yang sebenar adalah bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama,  adat,  kebudayaan, bahasa , fahaman  dan  cara hidup yang tersendiri.

KONSEP-KONSEP DALAM HUBUNGAN KAUM DAN ETNIK
-Semua negara bangsa pada hari ini terdiri daripada pelbagai kaum atau etnik dan adat      resam.
-Setiap etnik atau kaum itu sudah pasti mempunyai ciri yang berbeza


TAKRIF ETNIK DAN KAUM
Etnik : Satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama dari segi aspek adat resam,bahasa,pakaian atau kegiatan ekonomi.Setiap etnik berbeza berdasarkan ciri budaya,kegiatan ekonomi,cara pakaian ,pola keluarga,orientasi politik dan juga pandangan yang berbeza.

Kaum : Pelbagai kaum yang wujud di Negara ini (Semenanjung Malaysia) seperti melayu,cina,india,sikh,thai dan orang asli. Di Sabah terdiri daripada kaum kadazan,bajau,murut dan dusun.Manakala Sarawak pula terdiri daripada iban,melanau,bidayuh, orang ulu bisaya dan melayu.

KONSEP-KONSEP PENTING DALAM HUBUNGAN ETNIK

Diskriminasi
-Perbuatan membeza-bezakan seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskan ciri-ciri etnik.

Prejudis
-Pandangan negative terhadap kelompok etnik lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang tepat dan tidak diluahkan secara terbuka.

Bangsa
-Satu kumpulan atau ras yang berkongsi sejarah,tradisi dan budaya,Bahasa serta kadang kala agama.

Rasisme
-Pandangan sesuatu kelompok social terhadap kelompok social yang lain berdasarkan ciri-ciri fizikal.



Ras
-Kelompok social yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal atau biological seperti warna kulit,rambut dan mata.

Streotaip
-Kenyataan umum yang negative terhadap kumpulan etnik tertentu dan juga satu gambaran berlebih-lebihan mengenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.

Etnosentrisme
-Perasaan bangga dalam kalanagan etnik tertentu bahawa budaya merekalah yang lebih baik dari budaya lain.

Etosentrik
-Perasaan kekitaan dalam kalangan kelompok tertentu.Wujud budaya yang menyatukan mereka sama ada nilai,tingkah laku dan cara hidup.


TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

SEGREGASI :
-Memperlihatkan tahap hubungan antara kaum atau etnik di tanah melayu.
-Orang Melayu,Cina dan India dipisahkan tempat tinggal dan diberi pekerjaan yang berbeza-beza.
-Sistem pendidikan ketiga-tiga kaum juga berbeza.
-Orang Melayu tinggal di kampong pedalaman dan pesisir pantai.Bekerja sebagai petani.Anak-anak orang Melayu bersekolah di Sekolah Melayu.
-Orang Cina tinggal di pinggir Bandar dan kawasan Bandar .Mereka bekerja sebagai peniaga serta pelombong.Anak-anak orang Cina bersekolah di Sekolah Orang Cina .
-Orang India tinggal di lading dan kawasan estet dan bekerja sebagai buruh dan penoreh getah.Anak-anak orang india bersekolah di sekolah Tamil.


AKOMODASI :
-Proses di mana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup masing-masing.
-Dalam konteks Negara Malaysia ,masyarakat Melayu,Cina ,India ,Sikh dan lain lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing-masing.
-Formula bagi konsep akomodasi ialah A+B+C=A+B+C.


AKULTURASI :
-Suatu proses penerimaan unsur kebudayaann dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain.
-Walaupun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur-unsur budaya etnik lain,ia tetap tidak menyababkan kehilangan identity asal kaum atau etnik yang menerimanya.
-Keadaan ini dapat dilihat dari segi pakaian ,makanan dan sebagainya.
-Contoh yang berlaku di Malaysia ialah pemberian duit raya oleh orang melayu semasa hari raya.
-Formula bagi akulturasi ialah Abc+Bac+Cab.

AMALGASI :
-Satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu.
-Berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik dan kaum.
-Contohnya perkahwinan campur antara Cina dan India ,Melayu dan Cina ,India dan Melayu ,Melayu dan Eropah.
-Formula bagi amalgasi ialah A+B+C=D

ASIMILASI :
-Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama.
-Proses ini bermakna kumpulan budaya  sesuatu kaum atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang dominan.
-Proses asimilasi akan berlaku apabila adanya :
a)Etnik yang mempunyai budaya yag berbeza
b)Etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi
c)Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama
-Contohnya:
Masyarakat Melayu di Thailand,masyarakat Cina kampung Kelantan dan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.
-Formula bagi asimilasi ialah A+B+C= A dominan.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

-Berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan sosiopolitik, orang Melayu dan orang
Asli merupakan penduduk asal bagi negara ini yang juga dikenali sebagai masyarakat
peribumi atau Bumiputera.
-Petempatan orang Melayu di negara ini telah  diakui sejak berpuluh puluh ribu tahun
 Dahulu.
-Dunia Melayu mula dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat asing.
-Hasilnya, terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini
dari semasa ke semasa.




KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

MELAYU :
-Ditafsir sebagai penduduk asal TANAH  MELAYU.
-Bagi negeri di pantai timur Semenanjung penduduk Tanah Melayu lebih ramai
tertumpu kepada kegiatan menangkap ikan dan bertani.
-Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor negeri  masing-masing  merosot
setelah campur tangan British.
-Kemasukkan buruh asing secara ramai-ramai telah menggalakkan kemunculan Bandar
baru seperti Taiping, Ipoh, Port, Welt,Tapah dan Kampar.
-Kaum melayu kekal di Bandar Bandar tradisi atau perkampungan masing masing.
-Masyarakat melayu tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden alasan
British ialah agar adat resam dan tradisi dikekalkan dan tidak terganggu.

CINA:
-Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan hanya
beniaga sahaja .
-Pengambilan masyarakat Cina diambil secara beramai-ramai selepas pengambilan
Pulau Pinang oleh British dan tangan Sultan Kedah pada tahun 1786.
-Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina disalurkan melalui aktiviti
perladangan lada dan gambir.
-Dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu.
-Pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas
penubuhan negeri-negeri selat pada tahun 1826.
-Kebanyakkan masyarakat  Cina  ini berasal dari wilayah KWANHTUNG dan TUKUIN.
-Ramai juga yang datang dari daerah AMOIY,SEN-YU,HOK-CHIU,ENG CHON, dan lain-lain.

INDIA :
-Kedatangan buruh india ke tanah melayu hanya ketara pada abad ke-19 dan ke-20.
-Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama masihi apabila penganut Hindu
Buddha menyedarkan agama mereka di NUSANTARA.
-Hubungan lebih jelas kelihatan pada zaman kesultanan melayu Melaka apabila
Perdagangan-perdagangan india berniaga di pelabuhan Melaka.
-Penghijrahan masyarakat india ke tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai
tahun 1840-an.
-Kebanyakkan buruh india  datang dari Selatan India.
-Mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang –ladang tebu dan kopi di seberang
Perai.
-Tumpuan masyarakat India ini ialah dikawasan-kawasan utama penanaman getah di
Perak,Selangor dan Negeri Sembilan.


KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA

-Dari segi taburan penduduk mengikut negeri pada tahun 2000, Selangor merupakan negeri yang mempunyai penduduk paling ramai diikuti oleh Johor dan Sabah.
-Negeri – negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.
-Dalam pada itu, sebuah wilayah baru telah ditubuhkan iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya,
-Berdasarkan jumlah keseluruhan telah berlaku ketidakseimbangan antara penduduk bandar dengan penduduk luar Bandar.
-Penduduk luar bandar mencatat jumlah penduduk yang lebih tinggi berbanding penduduk bandar. 
-Namun dari segi kepadatan, penduduk bandar mengalami kepadatan penduduk yang lebih tinggi berbanding dengan luar bandar yang penduduknya berselerak.
- Setiap kaum menunjukkan pertambahan yang menggalakkan. Kaum Melayu dan Bumiputera masih lagi merupakan kaum majoriti di negara ini.
- Selain itu, negeri Sarawak mempunyai taburan penduduk yang tertentu lantaran kewujudan pelbagai suku kaun dengan identiti yang tersendiri.
-Kawasan pergunungan mempunyai penduduk yang tinggal secara tetap kecuali orang Penan yang masih mengamalkan cara hidup secara berpindah randah atau lebih dikenali sebagai nomad.
- Kebanyakkan suku Melayu di Sarawak mendiami kawan hilir lembah – lembah sungai. 
-Bagi negeri Sabah pula, kumpulan utama ialah kaum Kadazan – Dusun, Murut dan Banjau.
- Suku kaum yang terbesar di Sabah ialah suku kaum Kadazan – Dusun yang masih kekal sehingga ke hari ini sebagai kumpulan yang terbesar di negara kita Malaysia.


ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

Kaum Melayu
AGAMA DAN KEPERCAYAAN:
-penduduk tanah melayu secara amnya menganut agam islam.
-Islam adalah agama berkonsepkan kepada kepercayaan kepada tuhan yang satu.
-Al quran dijadikan sebagai sumber hokum yang utama bersama dengan panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis.
-Asas utama dalam ajaran  islam adalah  rukun ISLAM dan rukun IMAN. 


KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM :
 -dua jenis adat yang menjadi amalan masyarakat melayu iaitu adat perpatih dan adat.
-ADAT PEPATIH diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan.
-Adat ini menekankan  konsep demokrasi dan muafakat,raja
bukan berkuasa mutlak ,waris harta diutamakan kepada anak perempuan.
ADAT TEMENGGUNG menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung kecuali Negeri Sembilan.
-Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak,pembahagian harta mengikut hukum syarak.

ANTARA KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM KAUM MELAYU IALAH:
-aidil fitri
-Aidiladha
-Nuzul Quran
-Maulud Nabi
-Awal muharam
-Wayang kulit


KAUM CINA

AGAMA DAN KEPERCAYAAN:
-Masyarakat  Cina yang datang ke Tanah Melayu mengubah struktur  kemasyarakatan negara ini sekali gus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk.
-Golongan ini juga membawa bersama agama dan kepercayaan tanpa  yang dianuti mereka ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing.
-Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme.
-Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina.
-Pengaruh Taoisme sangat meluas.

KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM
-Masyarakat Cina mempunyai amalan kebudayaan dan adat resam yang tersendiri.
-Antaranya ialah Kalendar Orang Cina, Keinginan mendapat anak pertama lelaki,mementingkan pelajaran (pelajaran dianggap dapat majukan negara),upacara pengebumian.
-Dari segi perayaan pula  :
Tahun Baru Cina,Chap Goh Mei,Perayaan Ching Ming,Perayaan Hantu Lapar dan Perayaan Kuih Bulan.





KAUM INDIA

AGAMA DAN KEPERCAYAAN :
-Masyarakat India yang tiba di tanah melayu turut membawa bersama-sama dengan agama dan budaya yang diamalkan dari tanah air asal.
-Penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup  demi masyarakatnya  dan berusaha memuaskan hati nenek moyang.
-Sebagai balasan ,Tuhan menjauhkan mereka dari penyakit dan sembarang bencana,memanjangkan usia dan bantu menewaskan musuh.
-Agama yang paling dianuti masyarakat India ialah Hindu.
-Asas agama  Hindu  ialah tuhan yang satu (penjelmaan tuhannya kepada beberapa bentuk dewa).

KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM :
-Masyarakat india mempunyai  nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi mereka yang tersendiri.
-Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu.
-Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta
-Dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat iaitu

BRAHMIN,KSYATRIA,VAISYA & SUDRA.
-Perayaan utama masyarakat India ialah Deepavali. Thaipusam,Thai Ponggal.
-Pakaian tradisi kaum wanita ialah Sari(sejenis pakaian kain panjang enam ela yang dililitkan pada badan dan dipakai dengan sehelai blaus.


MASYARAKAT SARAWAK

AGAMA DAN KEPERCAYAAN :
-Sarawak mempunyai lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi.
-Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang IBAN(Dayak Laut),orang MELAYU,orang MELANAU.
-Orang IBAN :berpegang teguh kepada kepecayaan tradisional,kepercayaan terhadap upacara miring,patuh kepada pantang larang (mali) yang diwarisi nenek moyang .
-Sekiranya melanggar pantang larang  bermakna mereka akan menimpa malapetaka atau kematian.
-Kepercayaan lain adalah berdasarkan tafsiran mimpi
-Orang MELAYU : agama ini membentuk ciri perkampungan seperti bersatu padu, bertatasusila ,bertanggungjawab terhadap seluruh komuniti.
-Di setiap kampung ada masjid yang menjadi  pusat segala kegiatan keagamaan  selain bersembahyang.
-Orang MELANAU : mereka asalnya merupakan pagan(tidak mempunyai pegangan agama)
-Mempunyai kepercayaan  terhadap kuasa ghaib dan kuasa luar biasa.
-percaya dunia ada tiga lapisan(atas,pertengahan &bawah).

KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM:
-Masyarakat IBAN terdapat sejenis budaya lama yang popular dipanggil perburuan kepala(sebagai lambang kepahlawan)
-masyarakat Iban tinggal di rumah panjang,rumah panjang terbahagi kepada beberapa bilik dan setiap bilik dihuni sebuah keluarga.
-sebelah belakang bilik ialah tempat makan dan dapur.
-ada upacara khas apabila ada kematian
-contoh jenis tarian ngajat,berpencaha .


MASYARAKAT SABAH

AGAMA DAN KEPERCAYAAN:
-Sabah dikatakan mempunyai lebih daripada 32suku kaum.Masyarakat Kadazan –Dusun ialah masyarakat terbesar di Sabah yang asalnya mempercayai animisme.
-Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk Islam dan Kristian.
-Masyarakat Kadazan-Dusun percaya tentang kewujudan syurga dan neraka,bagi orang pegan mereka percaya bahawa siapa yang mati rohnya akan pergi ke Gunung Kinabalu.
-Mereka juga percaya akan pantang larang dan tafsiran mimpi.
-Mereka juga mempunyai upacara pemujaan seperti keaamatan(pesta menuai),iaitu meraikan kesyukuran kerana mendapat hasil tuai yang banyak.
-Bagi masyarakat bajau,hampir semua dalam kalangan mereka beragama islam
-mereka percaya konsep ‘tulah’(malapetaka yang ditimpa kerana melanggar pantang larang.

KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM:
-Dalam amalan tradisi masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah ,mereka juga mempunyai berbagai-bagai kebudayaan dan adat resam.
-Misalnya ada kematian ,proses pengebumian melibatkan seluruh masyarakat.Unggun api dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh-roh jahat.
-Wujud beberapa konsep seperti mihad (menangisi mayat),memojuk(memandikan mayat),menguman(menghias dan mendandan mayat),lobong(kubur),penakup9kenduri).
-Bagi kelahiran : bayi diberi nama dengan melibatkan perbincangan ahli keluarga dan jiran
-Buat kraftangan  seperti tudung terendak ,perangkap binatang ,perangkao tikus.


PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
-Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalahterutama masalah perpaduan dan integrasi antara kaum.
-Langkah mengatasinya ialah penyeragaman sistempendidikan, integrasi ekonomi, penyatuan fahaman politik danaspek-aspek sosial lain.
-Dasar ekonomi baru, dasarkebudayaan kebangsaan dan rukun negara juga dikenalkan.

ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL
·         Perpaduan ialah proses penyatuan fizikal,sosial ,ekonomi dan politik.Integrasi pula melibatkan semua aspek termasuk aspek biologikal.
·         Perpaduan juga boleh didefinisikan sebagai ‘satu proses bagi mewujudkan satu identity nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,sosial dan lokasidalam sesebuahu unit politik.
·         Kementerian perpaduan Negara dan pembangunan masyarakat amat penting untuk merialisasikan konsep ini.Badan ini telah ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.

·         OBJEKTIF PENUBUHAN :
1)Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum & integrasi nasional
2)memberi bantuan khidmat kebajikan masyarakat
3)membangun & mengintegrasikan masyarakat  orang asli
4)memajukan kepentingan & penglibatan wanita dalam pembangunan negara
5)menyelaraskan program kependudukan & pembangunan keluarga.
·         Jabatan yang penting untuk merealisasikan pelaksanaan perpaduan ialah Jabatan Perpaduan Negara yang ditubuhkan pada tahun 1969.Dan mempunyai piagam.
·         Kementerian Perpaduan Masyarakat telah dibubarkan pada tahun 2004.Kini ,jabatan ini dikenali  sebagai Jabatan Perpaduan & Integriti Nasional.

CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA
·         Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk menyatupadukan bangsa ialah masalah perpaduan.
·         Negara ini secara  jelas menjadi sebuah negara yang berbilang kaum, dan sudah pasti setiap kaum mempunyai perbezaan bahasa,budaya , agama ,pendidikan dan ekonomi.
·         Malaysia mempunyai tiga bangsa utama iaitu melayu,cina dan india.
·         Perasaan perbezaan menyebabkan perpaduan terhalang.
·         Setiap kaum mengutamakan etnik masing-masing.
·         Pada 13 mei 1969 telah berlaku perbalahan antara kaum kerana tiada perpaduan.


MASALAH – MASALAH AWAL PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA
·         PEMISAHAN PETEMPATAN : Melayu tinggal di kampung ,Cina tinggal di bandar dan India tinggal di estet.

·    PERBEZAAN EKONOMI : Melayu bekerja di kampung ,Cina sebagai perdagang dan perlombongan dan India bekerja di estet-estet.Aktiviti yang berbeza menyebabkan setiap kaum sukar untuk bertemu dan bergaul.

·         PENGASINGAN PENDIDIKAN : Pelajar melayu sekolah vernakular atau aliran inggeris.
·     Aliran inggeris hanya anak bangsawan.India sekolah di estet bergurukan guru dari India .Cina menggunakan sistem pendidikan mengikut negara CHINA.British berbuat demikian untuk memisahkan pandangan dan tumpuan antara kaum kerana british tidak bercadang untuk menyatukan tiga kaum.

·      FAHAMAN POLITIK YANG BERBEZA :Orang Cina kembali ke negara asal untuk membantu sanak saudara .Orang India menganggap india sebagai tanah air.Orang Melayu sentiasa menuntut hak di tanah air sendiri.Fahaman yang berbeza menyebabkan kesukaran perikatan untuk menang .

·         MASALAH EKONOMI :Orang melayu mundur dalam ekonomi,orang Cina  mempunyai Teknologi moden.Cina dan India cemburu kelebihan melayu yang berpeluang dalam pentadbiran awam.Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan setiap kaum mencemburui antara satu sama lain.

·         PERBEZAAN AGAMA : Melayu menganut agama Islam ,Cina agama budha  dan India beragama hindu.Di Sabah & Sarawak pulak menganut agama kristian.

·         PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA :Setiap akhbar menggunakan bahasa masing-masing dan mengisahkan tentang negara masing -masing.Perkembangan ini memperkuatkan  semangat kecintaan terhadap tanah air asal dan kaum masing-masing.

·       PEMERINTAHAN JEPUN : Jepun yang mengamalkan sikap anti-china .Hal ini menjadi berat sebelah kepada kaum cina.Pergaduhan telah berlaku antara orang melayu &cina.
  


RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969
§  Antara kaum melayu dan cina selepas pilihan raya 1969 yang memberi kemenangan kepada parti tindakan rakyat (DAP).
§  Pengistiharan darurat oleh perdana menteri.
§  Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN).JPN untuk mengadakan keselarasan dengan ideologi negara serta menuju ke arah perpaduan negara .MMN untuk mendrafkan ideologi yang seterusnya dikenali Rukun Negara.
§  Untuk menyelesaikan rusuhan ini,beberapa tindakan telah diambil untuk menyelesaikan.
§  Pembentukan MAGERAN pada 17 mei 1969 untuk mengambil alih tugas parlimen buat sementara.
§  Penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN)pada 29jan1970.Untuk mengadakan garis  panduan kaum di malaysia untuk memupuk identiti rakyat malaysia.

PENDEKATAN MENANGANI CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA
-Sejajar dengan langkah-langkah  yang oleh kerajaan dalam menangani konflik kaum tersebut,strategi jangka panjang dalam pemupukan perpaduan kaum mula dirangka.

 -Matlamat untuk membentuk sebuah negara bangsa diteruskan dengan beberapa strategi dan memberi fokus kepada isu penyatuan rakyat.


MEMBERIKAN GALAKAN KEPADA PENDUDUK BERHIJRAH DARI SATU KAWASAN KE KAWASAN LAIN
Menempatkan penduduk berbilang kaum di situ satu kawasan boleh  menggalakan
pergaulan dan pertembungan yang lebih kerap,beberapa kaedah pertembungan yang lebih kerap ,beberapa kaedah dikenal pasti sebagai langkah :

-Penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di malaysia.
-Dalam bidang keselamatan anggota tentera di bawa masuk dalam pasukan-pasukan keselamatan di wilayah yang berlainan.
-Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain.


PENYERAGAMAN SISTEM PENDIDIKAN(MELALUI DASAR-DASAR PELAJARAN)
§  Semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes,Penyata Fen Wu ,Undang-undang Pelajaran 1952,Penyata Razak,Pendidikan berperanan memupuk perpaduan dan sistem pendidikan yang seragam.
§  Keseragaman pendidikan lebih menjamin perpaduan rakyat.Peruntukan yang besar juga disediakan untuk perkembangan pendidikan di Sabah dan Sarawak.

PERANAN MEDIA MASSA
§  Untuk pembinaan bangsa.
§  Membentuk pemikiran & pemandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai & simbol Negara.
§  Memastikan tiada lagi penguasaan media massa asing.
§  Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan.
§  Dasar-dasar ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan.

INTEGRASI EKONOMI
§  Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan (akan dibincangkan selepas ini) seperti rancangan pembangunan lima tahun,dasar ekonomi baru ,dasar pembangunan nasional dan lain-lain.
§  Dasar-dasar ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud
sejak zaman penjajahan dan yang masih kental pada zaman selepas kemerdekaandapat dimansuhkan.

PENYATUAN FAHAMAN POLITIK
§  Sistem kerajaan campuran.
§  Sistem ini juga tidak mengetepikan parti-parti politik yang berkuasa di Sabah & Sarawak.
§  Setelah barisan nasional muncul ,keanggotan parti komponen  semakin bertambah.

PARTI-PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL
SEMENANJUNG:
-UMNO
-MCA
-MIC
-PPP
-GERAKAN
-AKAR
SARAWAK:
-PBDS
-SNAP
-PBB
-SUPP
SABAH:
-PBRS
-PDS
-SAPP


ASPEK-ASPEK SOSIAL LAIN

§  Langkah memupuk perpaduan cuba dicapai dengan pengenalan & penerapan
dasar sosial.
§  Secara keseluruhan, Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional kerana sikap kesederhanaan dan  bertolak ansur  semua kaum.

RUKUN NEGARA SEBAGAI SATU STRATEGI PEMANTAPAN PERPADUAN
Ø  Kerajaan berpendapat negara memerlukan peranannya untuk memastikan nilai  yang ingin diterapkan dalam memupuk perpaduan dapat dilaksanakan.
Ø  Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi tujuan membentuk dan memantapkan perpaduan.
Ø  Dasar-dasar ini meliputi semua aspek iaitu sosial,ekonomi dan politik.
Ø  Rukun Negara merupakan satu dasar yang berperanan penting  dalam memastikan dan memupuk semangat perpaduan tersebut.

LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA
Ø  Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei1996.Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara(MPN). Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN ,iaitu pada 27 Januari 1970.

OBJEKTIF RUKUN NEGARA
·         Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.
·         Memelihara cara hidup demokratik.
·         Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama.
·         Membentuk masyarakat bersifat liberal ,terutama terhadap kebudayaan masing-masing.
·         Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
-Semua rakyat Malaysia perlu menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara. Penghayatan prinsip-prinsip yang baik akan membantu kepada pencapaian masyarakat yang bersatu padu.


RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN :
-Agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibaian seseorang serta negara.
-Pegangan agama juga dapat membimbin tindakan seseorang untuk berbuat baik dan menghindari perbuatan jahat serta mengenali dosa dan pahala.


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA :
-Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berpelembagaan.Negara ini mempunyai ketua negara iaitu Yang Di-Pertuan Agong,danketua negeri ialah Yang Di Pertuan negeri masing-masing.
-Prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban untuk negara demi keamanan dan kemajuan.


KELUHURAN PERLEMBAGAAN :
-Negara kita mempunyai perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara.Prinsip ini menekankan supaya rakyat dapat menerima,mematuhi dan mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
-Aspek-aspek utama dalam negara perlu dipatuhi dan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu :

i)Konsep Raja Berpelembagaan.
ii)Kedudukan kaum bumiputera dan bukan bumiputera dalam pembangunan sosioekonomi terjamin.
iii)Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping perkembangan bahasa-bahasa  lain tidak dihalang.
iv)Agama Islam sebagai agama rasmi di samping kebebasan beragama diamalkan.
v)Hak asasi rakyat terjamin
vi) Hak  kerakyatan dan sistem perintahan


KEDAULATAN UNDANG-UNDANG :
-Undang-undang negara adalah penting untuk memastikan setiap individu dalam negara itu terjamin kebebasan hak asasi mereka.
-Undang-undang dalam negara adalah berasaskan beberapa sumber yang telah dibincangkan ,undang-undang tersebut sentiasa terpelihara kedaulatan.Jika Kedaulatannya dipertahan,masyarakat dapat hidup secara aman dan damai.


KESOPANAN DAN KESUSILAAN :
-Hasrat prinsip ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersopan santun
-Prinsip ini juga berkaitan dengan tutur kata dan dapat menjamin bahasa yang lembut dan perbuatan yang halus.
-Hubungan baik ini boleh terjamin sekirnya rakyat sentiasa berakhlak mulia menghormati orang lain dan tidak menimbulkan isu kaum.
-Pembentukan masyarakat berbilang kaumyang harmoni dapat diwujudkan sekiranya rakyat mengamalkan prinsip yang kelima ini.


KESIMPULAN

·         Ekoran dasar pecah perintah ysng dilaksanakan oleh penjajah dan tidak  menyatukan penduduk  telah tercetus rusuhan kaum pada 13 MEI 1969.
·         Hal ini terjadi kerana tiada persefahaman ,tolak ansur ,dan kasih sayang antara kaum.
·         Negara merealisasikan integrasi nasional dan pembentukan negara bangsa daripada peristiwa 13 MEI 1969.
·         Lebih banyak dasar diwujudkan untuk menangani masalah kaum,antaranya dasar RUKUN NEGARA,Dasa kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru.
·         Kewujudan masyarakat yang berbilang kaum merupakan anugerah tuhan  yang mempunyai hikmah disebaliknya.
·         Kepelbagaian yang wujud sekarang perlu dijaga dan dipelihara.
·         Setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang agar Malaysia merupakan negara yang mantap dan maju.






DITULIS OLEH:
SYARIFAH  NAJWA

No comments:

Post a Comment